Saturday, March 27, 2010

Cinta Jarak Jauh (CJJ)......

Arini aku terbaca artikel dr kosmo tntg percintaan jarak jauh yg mmg sedang berlaku pada diri aku skrg.....

aku bernasib baik sbb xbercinta jarak dekat sblum jarak jauh.. kalo aku bercinta jarak dekat sblum aku bercinta jarak jauh.. aku rasa mesti aku xdpat nk hadapi... nasib baik dr awl ktorg bercinta, ktorg memg dah berjauhan.. kalo jupe pun sebulan sekali je.. tp sejak die dah kena stat naik kapal... jarak perhubungan ktorg dah smakin jauh.. kalo dulu.. hari2 leh msej n col... skrg... msej kdg2 je, tu pun masa die brada kat port.. kalo berminggu2 die xde masuk port maksudnye ktorg berminggu2 xmesj...col lak bila smpai msai je la ktorg leh coling2.. tp kdg2 die ade bli simkad kat negara laen mcm kat europe ngan sri lanka.. so boleh la ktorg colling2 melepaskan rinduwpun kejap je... tp aku dah cube belaja menerima keadaan ni n skrg aku dah mula memahami keje bf aku sbg seafarer..

Dalam artikel tu, menurut Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis...

*** manis2... sbb bila lama dah xjupe.. n bila nk jupe.. rasa mcm ari first2 nak date.. berdebar2.. eheheh

"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

"Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar,"

dalam artikel tu ade bg tips2 utk menghadapi cinta jarak jauh...

1) Kepercayaan dan kejujuran

Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

3) Selalu berhubungan

Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.

Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

4) Jangan letakkan banyak harapan

Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.

Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.

5) Kesetiaan

Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.

6) Emosi

Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

*** aku akan cube slalu praktikkn tips2 ni.. hheheee..

No comments:

Post a Comment