Friday, May 7, 2010

ApA yG LeLaKi SuKa DaN x SuKa

topik kali ni ape yang lelaki suka dan xsuka... aku amik dr satu blog yg aku baca.. aku pun xtau btul ke x... ade yg btul kot.. n ade juga yg xbtul... tp depends pd org tu la kot.. sebab manusia kan rambut je sama hitam.. tp hati lain2...

Ape yg lelaki SUKA :

•Sikap kelakar
•Budi pekerti dan kesopanan
•Murah hati
•Senyuman manja
•Pandai memasak
•Pandai dalam mengenakan pakaian
•Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
•Tak mudah naik angin
•Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
•Tak terlalu seksi dalam berpakaian
•“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
•Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
•Berwawasan atau bercita-cita tinggi
•Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
•Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
•Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
•Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
•Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
•Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
•Sikap keibuan
•Sukakan kanak-kanak
•Suara lembut tanpa dibuat-buat
•Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
•Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
•Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
•Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
•Tahu bersyukur
•Pandai berjimat-cermat
•Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Ape yg lelaki XSUKA :

•Wanita yang suka mengumpat
•Sombong dan bongkak
•Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
•Hisap rokok
•“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
•Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
•Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
•“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
•“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
•Wanita yang hipokrit
•Pembohong dan suka mencari alasan
•Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
•Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
•Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
•Pengotor dan pemalas
•Tak bertanggungjawab langsung
•Tak pandai mengemas
•Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
•Kuat berleter walau hal remeh temeh
•Boros berbelanja
•Tak tahu memasak
•Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
•“Queen Control” atau suka mengarah-arah
•Tak pandai bergaya atau selekeh
•Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
•Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
•Panas baran
•Kuat merajuk dan sukar dipujuk
•Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
•Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Renung-renung kan laaaa.. dan selamat beramal.... heheheheheh :)

No comments:

Post a Comment